fbpx
Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-jung. - Instagram

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-jung meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Aktres Korea Selatan, Song Yoo-jung yang dikenali dalam siri rancangan Make Your Wish terbitan stesen penyiaran Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari, di usia 26 tahun.

Portal berita South China Morning Post melaporkan berita itu disahkan oleh wakil pengurusan mendiang, Sublime Artist Agency.

Punca sebenar kematian Yoo-jung masih belum didedahkan. Namun begitu, terdapat beberapa laporan akhbar di Korea Selatan menyatakan artis itu membunuh diri sebelum ia diubah.

Susulan kematiannya, satu upacara pengebumian akan diadakan di Pusat Perubatan Seoul cawangan Gangnam dengan perarakan pengebumian Yoo-jung dijadualkan pada waktu tengah hari ini.

Yoo-jung memulakan karier sebagai model jenama kosmetik sebelum beralih ke bidang lakonan pada 2013 apabila dia mengggalas tugas sebagai pelakon tambahan dalam drama romantik Golden Rainbow di MBC.

Namanya semakin dikenali dalam kalangan peminat drama menerusi karya Make Your Wish (juga dipanggil Make a Wish) pada 2014 dan muncul dalam siri francais School 2017 terbitan KBS2. Yoo-jung menandatangani kontrak dengan Sublime Artist Agency pada 2019, yang turut mewakili pelakon Parasite, Song Kang-ho dan penyanyi Jung Ji-hoon (Rain). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI