fbpx

Lelaki positif Covid-19 jatuh dari tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kecewa kerana disahkan positif Covid-19 dipercayai menjadi pendorong kepada seorang lelaki untuk terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Bandar Baru Sentul di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihakya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 petang susulan penemuan seorang lelaki yang cedera parah dalam keadaan terbaring di kawasan koridor flat berkenaan.

“Pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan bahawa mangsa berusia 57 tahun itu mengalami kecederan pada kepala, paru-paru, perut serta patah tangan dan kaki.

“Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur susulan kecederaan kritikal yang dialami dan berada dalam keadaan koma,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, pemeriksaan yang dilakukan di badan mangsa turut menemui nota luahan lelaki terbabit yang turut menyatakan bahawa dia disahkan positif Covid-19.

“Selain itu, lelaki tersebut turut difahamkan mengalami beberapa penyakit lain termasuk kesukaran untuk tidur malam. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” jelas beliau.

Katanya, polis menyeru orang ramai agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan persekitaran hingga mendatangkan bahaya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Sentul di talian 03-40482206 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI