fbpx

Gondola31 miliki 89 vendor di bawah satu bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Gondola31 telah berjaya menjadi platform terbaik buat usahawan menjual produk jualan masing-masing secara offline dan online di dalam premis berkonsepkan butik lengkap di bawah satu bumbung.

Pengasas syarikatnya, Nizam Baharudin berkata, konsep perniagaan tersebut telah memberi manfaat kepada usahawan dari segi penjimatan kos untuk membuka butik fizikal dan perbelanjaan lain.

Menurutnya sehingga kini, syarikat yang mula beroperasi sejak tahun 2015 itu memiliki 89 vendor yang melibatkan segmen pakaian dan tudung, aksesori, pelengkap gaya dan produk kecantikan serta variasi makanan ringan serta snek di bawah Snacklicious Corner.

“Kami bercadang untuk menambah bilangan vendor baharu seiring dengan sesi penambahbaikan vendor sedia ada dari semasa ke semasa dengan mengambil kira cita rasa dan kehendak pelanggan.

“Kami mengalu-alukan mana-­mana­ usahawan yang mahu menyertai Gondola31 tetapi ia bergantung kepada beberapa kriteria seperti rekaan dan kualiti.

“Modal yang diperlukan adalah antara RM300 hingga RM900 sebulan bergantung kepada lokasi koleksi tersebut diperagakan iaitu di aras bawah atau di aras satu premis serta jumlah railing dan rak yang dipenuhi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengasas bersamanya, Norazura Md. Posdzi.

Selain itu, NIzam menjelaskan, Gondola31 mengunjurkan jualan secara online mencecah sehingga­ 80 peratus tahun ini ekoran strategi syarikat yang le­bih aktif dalam mempromosikan pelbagai koleksi sedia ada dan baharu dengan menggunakan platform media sosial kepada para pelanggan.

Berkeyakinan terhadap trend semasa yang mendorong pe­langan memilih platfom jualan secara online, Nizam berkata, syarikat sentiasa mengadakan kempen promosi dari semasa ke semasa bagi mengetengahkan pelbagai koleksi yang terdapat di bawah bumbung Gondola31.

Selain itu, Nizam menjelaskan, Gondola31 yang menjadi pilihan pelanggan daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang kerjaya berjaya memenuhi kehendak seisi keluarga kerana harga yang ditawarkan adalah mampu milik iaitu daripada serendah RM10 hingga RM400.

Tambah beliau, kategori pakaian menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan dan segmen tersebut telah menyumbang sehingga 95 peratus kepada perolehan jualan pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI