fbpx

Arsenal gagal pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILLIAN (kiri) menjadi antara mangsa kritikan para peminat selepas masih gagal mempamerkan aksi yang diharapkan. – AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan, beliau akan terus memberi sokongan kepada dua pemainnya, Nicolas Pepe dan Willian meskipun prestasi kedua-dua pemain itu terus dikritik.

The Gunners yang merupakan juara bertahan Piala FA tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas 0-1 kepada Southampton pada pusingan keempat di Stadium St. Mary malam kelmarin.

Pepe dan Willian dilihat gagal bermain seperti diharapkan pada perlawanan tersebut, sekali gus menjadi punca kegagalan The Gunners melangkah ke pusingan seterusnya.

“Mereka sentiasa berikan aksi terbaik setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama. Anda semua boleh lihat mereka bekerja keras pada perlawanan ini.

“Saya sentiasa mahukan yang terbaik daripada semua pemain, namun hari ini (kelmarin) kami tidak manfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” ujar Arteta.

Pengendali dari Sepanyol itu juga percaya Pepe dan Willian memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali ke prestasi sebenar selain menggesa semua pihak supaya bersabar.

“Mereka perlu bekerja lebih keras untuk tingkatkan prestasi masing-masing. Saya sentiasa berfikiran positif dan mereka akan kembali temui sentuhan sebenar selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI