fbpx

Tolong report akaun scammer gunakan nama saya – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kewujudan sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penipuan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Siti berkongsi sebuah akaun bernama S-nurhaliza yang mempunyai 102 pengikut.

“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya buat akaun dan cuba nak scam orang ni? Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini.

“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga,” ujar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu.

Katanya lagi, akaun palsu tersebut cuba untuk menipu orang ramai dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai dengan memberikan cara-cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.

“Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas,” ujar pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.

Pada masa sama, Siti juga memberitahu bahawa dia cuma mempunyai sebuah sahaja akaun Instagram iaitu @ctdk dan meminta peminatnya untuk sama-sama membuat aduan terhadap akaun palsu tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI