fbpx

Vaksin taknak percaya, Neelofa Kardashian Kelantan percaya pula – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Neelofa di Twitternya

PETALING JAYA – Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi satu ciapan rawak yang menggelikan hati tentang dakwaan orang ramai bahawa keluarganya adalah ‘Kardashian Kelantan’.

Turut serta dengan frasa ‘vaksin taknak percaya’ yang sohor kini sejak pertengahan minggu lalu di Twitter, Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, tidak terkecuali muncul dengan ‘kreativiti’ frasa sendiri.

“Vaksin taknak percaya, Neelofa Kardashian Kelantan percaya pula,” ciap pengasas syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar itu beserta tanda pagar, #siscuba.

Terdahulu, adik Neelofa, Athisha Khan turut memberi pendapatnya apabila masyarakat sewenang-wenangnya melabel keluarganya sebagai ‘Kardashian Kelantan’ kerana banyak drama yang berlaku dalam keluarga tersebut.

Melalui video blogging yang dimuat baik dalam YouTube miliknya baru-baru ini, Athisha, 23, gelaran itu boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan dia tidak mempunya kuasa untuk mengawal apa yang ingin diperkatakan ramai.

“Saya tak peduli apa orang cakap kerana kalau saya peduli, saya mungkin hanya akan terlantar di atas katil tak berbuat apa-apa satu hari fikir pasal benda yang di luar kawalan saya. Orang boleh cakap apa yang mereka nak,” katanya.

Kardashian merupakan keluarga elit di Hollywood yang bergelar jutawan dan mempunyai program realiti sendiri berjudul keeping Up with the Kardashians. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI