fbpx

Terima kasih bantu kos pembedahan isteri – Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faizal (kiri) menunjukkan kereta yang ingin dijualnya kepada Dr. Zulkifli (tengah) di rumahnya semalam. FOTO : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

KLANG – Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd. Faizal Wahid, 40, yang tular ingin menjual kereta jenis Proton Persona bagi membiayai pembedahan penyakit kanser payudara isterinya boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengumpul RM22,000 bagi menampung kos pembedahan itu.

Mohd. Fazial berkata, sejak perkara itu tular ramai yang simpati dan membantunya termasuk sumbangan daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurutnya, isterinya, Siti Hawa Alias, 39, akan menjalani pembedahan pada Isnin depan selepas tertangguh sejak Khamis lalu.

“Alhamdulillah, wang bagi kos pembedahan telah mencukupi dan saya menzahirkan penghargaan kepada semua pihaknya yang sudi menghulurkan sumbangan.

“Saya memohon orang ramai mendoakan Siti Hawa agar kembali sembuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kisah sedih Mohd. Faizal tular sejak Khamis lalu selepas mengiklankan penjualan kereta kesayangannya, Proton Persona bagi menampung kos pembedahan Siti Hawa yang menghidap kanser payudara tahap satu.

Mengimbau kembali, bapa kepada dua anak itu berkata, Siti Hawa disahkan menghidap barah berkenaan sejak Mei tahun lalu.

Ujar lelaki itu, sebanyak RM24,000 daripada wang simpanan dan bantuan ahli keluarga lain
telah digunakan bagi rawatan kimoterapi selama enam kali di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

“Bagaimanapun, doktor yang merawat isteri meminta agar menjalani pembedahan membuang sel barah pada Khamis lalu dengan kos mencecah RM22,000.

“Saya ‘terduduk’ mendengar nilai kos itu dan memohon menangguhkan sesi pembedahan bgi mengumpul wang termasuk dengan menjual Proton Persona milik saya itu,” katanya,

Mengulas mengenai kedatangan Zulkifli semalam, Mohd. Faizal menegaskan dinasihati agar tidak menjual kereta tersebut demi kegunaan harian selain memberikan sumbangan peribadinya bagi menanggung kos pembedahan berkenaan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI