fbpx

18 PATI kempunan masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 18 orang PATI yang ditahan ketika cuba memasuki negara melalui jalan tidak sah berdekatan perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor kelmarin.

PETALING JAYA – Seramai 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) kempunan untuk memasuki negara ini selepas tindakan licik mereka meloloskan diri melalui laluan haram berjaya di kesan pihak berkuasa.

Kesemua mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan 13 wanita berusia lingkungan 28 hingga 51 tahun di tahan dalam tiga serbuan sekitar kawasan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan antara pukul 2.15 pagi hingga 10.50 pagi.

Katanya, sebelum penahanan itu dibuat, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang berfungsi sebagai sistem rangkaian radar 24 jam telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan
menghala ke arah Teluk Ramunia kira-kira pukul 9.50 malam.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan telah mengatur gerakkan Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ke lokasi untuk membuat penjejakan dan mengepung kawasan tersebut.

“Hasil serbuan pertama kira-kira pukul 2.15 pagi telah berjaya menahan lapan PATI yang sedang bersembunyi di kawasan berkenaan, manakala seorang lagi PATI di tahan pada pukul 7 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, sembilan lagi PATI ditahan pada pukul 10.50 pagi di sekitar kawasan berhampiran semasa bersembunyi.

Katanya, selain menahan PATI, pasukan serbuan turut merampas mata wang Indonesia dan tempatan dianggarkan bernilai RM 16,918.91, telefon bimbit, jam tangan serta barang kemas.

“Kesemua PATI kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” jelasnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI