fbpx

Tiga rakan geng samun berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga rakan geng samun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakan sejenayah mereka pada awal bulan ini.

MELAKA – Tiga rakan geng samun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakan sejenayah mereka pada awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S. Darsan, 42; K. Raja Segaran, 40, dan A. Sethu, 34, sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian S. Kumar, 41.

Tindakan itu dilakukan tertuduh antara pukul 5 sehingga 7 petang di sebuah rumah di Rumah Pangsa Batu Berendam, dalam daerah Melaka Tengah, pada 5 Januari lalu.

Sabit kesalahan, Darsan dan Sethu yang bekerja sebagai tukang cuci, manakala Raja Segaran melakukan kerja pemprosesan ayam boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin, manakala hanya Darsan yang diwakili peguam, Paul Krishnaraja.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 11 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan forensik.

Terdahulu, Kosmo! pada 14 Januari lalu melaporkan tiga lelaki diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan rakan sejenayah gara-gara tidak berpuas hati dengan hasil kegiatan samun dilakukan bersama.

Mayat mangsa kemudian ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan ditutup dengan kain putih di tempat duduk belakang kereta Proton Perdana milik isterinya, pada 7 Januari lalu.

Hasil bedah siasat, mangsa disahkan meninggal dunia akibat hentakan di kepala dan ditikam di perut serta leher menggunakan senjata tajam.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI