fbpx
MOON (kiri) bijak menggunakan karakter Silvanna yang dianggap senjata rahsia Todak dalam kemenangan 2-0 ke atas EVOS SG sebentar tadi. - TODAK MLBB

Silvanna ‘hadiahkan’ kemenangan buat Todak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wakil Malaysia, Todak mencerahkan peluang untuk menggapai impian bergelar juara dunia selepas mara ke pusingan seterusnya dalam saingan lower bracket Kejohanan Dunia M2 Mobile Legends yang dianjurkan secara tertutup di Singapura.

Kejayan itu hadir selepas Todak berjaya menampilkan permainan tanpa belas kasihan untuk menewaskan pasukan tuan rumah dari Singapura, EVOS SG dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama di lower bracket sebentar tadi.

“Sasaran mahu menjadi No. 1 dan beri yang terbaik walaupun kadang kala ia bergantung kepada rezeki. Kami akan terus hidangkan strategi terbaik buat para penyokong,” kata Pengurus Pembangunan e-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim yang mesra disapa Ikuto.

Salah satu faktor kemenangan itu dilihat berpunca daripada strategi berkesan Todak yang menyaksikan pemain utamanya, Zikry Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Moon, menggunakan karakter hero fighter, Silvanna untuk kedua-dua perlawanan tersebut.

WATAK Silvanna yang merupakan hero fighter berjaya memberikan kemenangan kepada Todak.

Moon memanfaatkan sepenuhnya kemampuan karakter Silvanna dengan pemilihan item build tank seperti Tough Boots, Athena’s Shield, Brute Force Breastplate dan Antique Cuirass selain ‘barang’ magik, Clock of Destiny.  

Ia terbukti apabila Silvanna di bawah kawalan Moon tampil dalam kelas tersendiri dengan merekodkan lima kills dan 10 assists dalam perlawanan pertama, malah kecemerlangan itu diteruskan pada permainan kedua dengan statistik lapan kills serta 11 assists.

Selain Moon, empat lain pemain Todak turut memberikan aksi terbaik mereka seperti Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku), Wan Usman Wan Imran (4Meyz), Mohamad Aiman Idris (Xray) dan Muhammad Rizwan Abdullah (Eone) dalam kedua-dua perlawanan itu.

Todak selepas ini bakal berdepan pasukan yang kalah dalam saingan upper bracket antara wakil Myanmar, Burmese Ghouls atau Bren Esports dari Filipina di pusingan seterusnya pada pukul 1.15 petang esok. – K! ONLINE

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI