fbpx

Misteri suara halus dalam IG Live Shuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuk

PETALING JAYA – Penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar diganggu suara misteri yang muncul dalam siaran lansung Instagramnya (IG Live) ketika bersiaran malam tadi.

Menerusi siaran langsung tersebut, Shuk yang berada di dalam lif sedang berbual santai dengan pengikutnya sebelum memulakan permainan teka-teki umur dan nama.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menawarkan hadiah berupa wang ringgit berjumlah RM150 kepada pemenang.

Bagaimanapun, beberapa minit sebelum mengakhiri siaran langsung tersebut, peminat memberitahu kedengaran suara misteri seakan-akan wanita sedang menangis.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Memang tak dengar apa pun waktu itu.

“Kemudian saya tengok dalam ruangan komen, semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun. Bila orang hantar sedutan video, baru perasan suara tersebut,” tulisnya.

 

Tangkap layar sedutan video live Shuk.

Shuk menjelaskan, dia baru sahaja berpindah ke kediaman berkenaan dan belum berkesempatan mengadakan doa selamat.

“Esok (hari ini) saya cuba panggil ustaz untuk periksa benda apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut mengakui terkejut dan berasa seram mendengar suara berkenaan.

“Dari awal lagi saya dengar tetapi buat tak endah sahaja,” komen salah seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak percaya dan menafikan selain mendakwa suara berkenaan disunting daripada YouTube. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI