fbpx
Gambar hiasan.

Kontraktor kena tipu ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang kontraktor kerugian RM9,350 selepas diperdaya lelaki yang menawarkan pinjaman peribadi ketika kejadian di Jerantut semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 23 tahun itu menghubungi suspek pada 19 Januari lalu.

“Mangsa berurusan dengan lelaki bernama Jefry melalui nombor telefon 014-3169622 bagi urusan pinjaman wang RM20,000.

“Jefry meminta mangsa membuat bayaran wang proses pinjaman berjumlah RM700. Pada hari yang sama, mangsa telah memindahkan wang ke dalam akaun individu lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Wazir lagi, bermula dengan itu mangsa disuruh menjelaskan bayaran lain yang berjumlah keseluruhan RM9,350 untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

“Transaksi pemindahan wang melibatkan dua akaun individu tidak dikenali. Mangsa yang berasa tertipu kemudian tampil membuat laporan polis,” tambahnya.

Mangsa membuat laporan di laporan di Balai Polis Batu Balai, Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE