fbpx

Harga RON95, RON97 naik satu sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik satu sen kepada RM1.90 seliter berbanding RM1.89 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 29 Januari depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik satu sen daripada RM2.19 kepada RM2.20 seliter.

“Harga runcit diesel pula naik empat sen iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI