fbpx
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi [email protected] di Google Play Store dan Apple Store.

Bil cukai taksiran boleh dimuat turun secara elektronik – MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan bil cukai taksiran kini boleh dimuat turun secara elektronik.

MBPJ menerusi satu status yang dimuat naik di Facebooknya berkata, bermula penggal pertama 2021 orang ramai di bawah kawasan pemantauan MBPJ boleh muat turun bil cukai taksiran melalui aplikasi [email protected]

“Aplikasi ini memberikan perkhidmatan semakan bil cukai taksiran, pembayaran dan juga pertukaran alamat surat-menyurat.

“Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi [email protected] melalui Google Play Store dan Apple Store,” tulisnya di sini hari ini.

Jelasnya, pelanggan dinasihatkan untuk mendaftar menggunakan akaun Gmail sahaja, jika terdapat kesulitan mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut orang ramai boleh hubungi talian 03-7956 3544 sambungan 102 / 103 /108 dan 109. – K! ONLINE.