fbpx

352 mangsa di lima PPS, banjir Sabah terus pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu mangsa banjir yang terjejas di Sabah. - Gambar Fail

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir melibatkan tiga daerah di Sabah kekal 352 orang daripada 99 keluarga setakat pukul 9 pagi ini.

Statistik berkenaan tiada sebarang perubahan sejak malam tadi.

Daerah yang masih mencatatkan mangsa banjir ialah Beaufort, Kota Belud dan Tenom.

Bagaimanapun, situasi banjir di Sabah dijangkakan terus pulih dengan jumlah penduduk terjejas yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan berbanding minggu lalu.

Jurucakap Angkatan pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata setakat ini masih terdapat lima PPS yang dibuka membabitkan semua daerah terjejas.

“Beaufort kekal menjadi daerah paling ramai mencatatkan jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS.

“Seramai 249 mangsa melibatkan 77 keluarga berada di dua PPS iaitu PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir dan PPS Dewan Pa’ Musa.

“Selain itu, terdapat 77 mangsa banjir dari 17 keluarga juga masih berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Suang Punggor serta PPS Dewan Kampung Song-Song bagi daerah Kota Belud.

“Manakala daerah Tenom mencatatkan seramai 26 mangsa dari lima keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap APM Sabah memaklumkan semua mangsa yang terkesan banjir terbabit melibatkan penduduk daripada 70 kampung. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI