fbpx

Skuad Harimau Malaya tidak sabar berlatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL ZAFUAN tidak sabar berkumpul bersama rakan-rakan sepasukan untuk menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi meningkatkan kembali prestasi dan kombinasi pasukan.

KAPTEN pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Radzak mengakui tidak sabar untuk menyahut agenda nasional selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat lampu hijau untuk menganjurkan kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah memberi lampu hijau untuk skuad kebangsaan menjalani sesi latihan dengan cara kuarantin setempat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Kosmo! semalam melaporkan ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe akan berbincang dengan FAM mengenai tarikh sesuai untuk melaksanakan kem latihan pusat sebagai persiapan mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Mac depan.

Kata Aidil, peluang untuk kembali berkumpul dalam kem latihan pusat ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka bagi meningkatkan kembali prestasi dan kombinasi pasukan.

“Satu perkembangan positif kepada kami sebagai pemain apabila dapat kembali berlatih bersama selepas lebih setahun tidak berkumpul dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin.

“Kita boleh lihat pasukan-pasukan lain yang satu kumpulan ­dengan Malaysia iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand, kesemua mereka sudah dapat berlatih lebih awal.

“Jika kita tidak diberikan kebenaran berlatih, sudah tentu banyak yang kita akan tertinggal berbanding lawan-lawan kita itu.

“Apa pun, berita ini sangat ditunggu-tunggu oleh kami sebagai pemain.

“Yang penting, kami dapat untuk kembali berlatih bersama,” kata Aidil dalam satu kenyataan semalam.

Skuad Harimau Malaya yang kini menduduki tangga kedua Kumpulan G bakal bertemu UAE di Abu Dhabi (26 Mac) dan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (31 Mac) depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI