fbpx

PKP: KPLB sasar bantu 950 usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) yang berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu pada 19 Julai Hingga 22 Julai tahun lalu di EryabySuria Bentong , Pahang.- Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan seramai 700 usahawan akan dibantu di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, seramai 250 lagi usahawan akan dibantu dibawah Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

Menurut beliau, KPLB akan turut merancakkan penglibatan usahawan luar bandar dalam platform digital melalui Program DesaMall@KPLB.

“Sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi program ini yang akan memberi manfaat kepada 1,500 usahawan desa.

“Program Ekonomi berkelompok seperti Progam Desa Lestari juga akan diteruskan. KPLB menyasarkan 11 buah kampung lagi yang akan dibangunkan dengan peruntukan RM10 juta.

“Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih daripada 2,200 penduduk kampung di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abd. Latiff berkata, kesemua langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bemula 13 Januari lalu.

“KPLB mengambil inisiatif untuk meneruskan program pembangunan ekonomi dan keusahawanan bagi golongan miskin, miskin tegar dan B40 luar bandar pada tahun 2021,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI