fbpx

Boleh derma darah semasa PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Unit Tabung Darah HRPB tetap menjalankan kempen dan program derma darah secara terkawal bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

IPOH – Orang ramai digalakkan untuk terus menderma darah terutama bagi mereka yang sihat demi memastikan stok bekalan Unit Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mencukupi.

Ini kerana keperluan darah yang mencukupi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti penting bagi merawat pesakit khususnya yang menjalani pembedahan besar.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Tabung Darah HRPB, Khairul Anuar Mohd. Nor berkata, bagi memudahkan urusan tersebut penderma boleh mengisi slip perjalanan penderma darah secara atas talian.

Menurut beliau, perkhidmatan menderma darah akan dijalankan setiap hari termasuk pada hari minggu di pusat beli-belah dan beberapa lokasi terpilih yang ditetapkan.

“Slip ini bertujuan membantu para penderma sekiranya disekat oleh penguat kuasa semasa dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat menderma darah semasa PKP.

“Unit Tabung Darah HRPB tetap menjalankan kempen dan program derma darah secara terkawal bagi memastikan bekalan darah sentiasa ada,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain melakukan pendermaan darah di Bilik Pendermaan Darah HRPB Ipoh, lokasi kempen bergerak pula diadakan di pusat beli-belah AEON Kinta City, AEON Station 18 dan AEON Big Falim.

Jelas Mohd. Khairul, Pusat Darah Negara telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk meneruskan kempen derma darah bergerak dan membenarkan penderma darah untuk datang menderma.

“Para penderma gunakan kelebihan ini untuk menderma darah dan patuhi SOP yang ditetapkan

“Sekiranya menghadapi kesulitan, orang ramai boleh menubungi talian 05-208 5245 untuk pertanyaan,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI