fbpx

35,984 murid Tabika Perpaduan ikuti PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 35,984 murid di 1,781 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan seluruh negara mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan arahan penangguhan operasi pembukaan secara bersemuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Kementerian Perpaduan berkata, PdPR telah dilaksanakan secara lancar di seluruh Tadika Perpaduan melalui dalam talian, offline atau luar talian (off-site).

Menurutnya, daripada 1,781 buah Tabika Perpaduan, 60 peratus atau sebanyak 1,067 buah menggunakan PdPR secara offline iaitu bahan pengajaran dihantar melalui Google Classroom, WhatsApp, Telegram, e-mel dan platform yang sesuai.

“Selain itu, sebanyak 37 peratus atau 658 buah Tabika Perpaduan mengikuti pembelajaran secara dalam talian iaitu secara langsung (real time) menerusi aplikasi Zoom, Google Meet, Webex dan seumpamanya,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, hanya tiga peratus yang mewakili 56 buah tabika mengikuti pembelajaran secara pendekatan luar talian (off-site).

“Melalui kaedah ini, murid diberi tugasan berkaitan dengan lebih awal secara manual.

“Kaedah secara luar talian (off-site) digunakan apabila terdapat kekangan capaian internet dan ketidakhadiran ibu bapa bersama semasa sesi pembelajaran berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara,  Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, inisiatif dan kreativiti tenaga pengajar kelas Tabika Perpaduan dalam perlaksanaan PdPR  akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Katanya, pemantauan melalui latihan dan sokongan peralatan bagi memanfaatkan kemajuan teknologi dan memastikan pembelajaran murid berjalan lancar.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua jentera perpaduan agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan memastikan pengamalan norma baharu agar kita dapat bersama memutuskan rantaian Covid-19 ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI