fbpx

Poster amaran #SiBodohKauDengarSini bukan dikeluarkan MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster tersebut

CYBERJAYA – Poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini di laman Twitter bukan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malalaysia (MCMC).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MCMC, poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar amaran berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya.

Tanda pagar #SiBodohKauDengarSini sohor kini di Twitter semalam dipercayai pada awalnya digunakan netizen bagi meluahkan rasa kecewa terhadap waktu terhad kebenaran operasi kedai makan yang disifatkan membebankan khususnya bagi mereka yang habis kerja pada waktu malam dan tidak sempat membungkus makanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI