fbpx

Kamera keselamatan terkini, mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
C3X adalah kamera keselamatan menggunakan sambungan Wi-Fi yang membolehkan pengguna memantau dengan telefon pintar.

MUTAKHIR ini, pemasangan kamera keselamatan menjadi satu keperluan bagi setiap kediaman.
Pemasangan peranti tersebut amat penting dalam membendung aktviti jenayah yang mungkin berlaku di kawasan kediaman.

Bagi mereka yang berhasrat untuk memasang kamera keselamatan di kediaman masing-masing, ia bukanlah menjadi satu masalah kerana peranti tersebut kini ditawarkan pada harga mampu milik.

Pengeluar peralatan keselamatan rumah pintar terkemuka di dunia, EZVIZ turut menghasilkan kamera keselamatan yang ditawarkan pada harga mampu milik dan memiliki ciri teknologi terkini.

Kamera keselamatan C3X merupakan antara salah satu peranti yang ditawarkan oleh EZVIZ buat pengguna di luar sana.
Pengurus EZVIZ Malaysia, Lonn Cheung menegaskan, rakyat Malaysia kini menunjukkan minat yang tinggi terhadap peranti pintar yang memberikan elemen keselamatan kepada kediaman mereka.

“Kami gembira apabila dapat membawa C3X yang merupakan kamera keselamatan untuk rumah yang dilengkapi dengan spesifikasi terkini kepada pengguna di Malaysia.

“Kami komited untuk memberikan kehidupan yang lebih selamat, selesa dan pintar untuk rakyat Malaysia dengan menawarkan peranti yang mempunyai ciri dan keupayaan yang berfungsi dengan hebat serta mengagumkan,” katanya.

Tambahnya, C3X adalah kamera keselamatan pintar untuk kediaman yang termaju dibangunkan oleh EZVIZ setakat ini.

Kamera ini mempunyai ciri bersepadu yang biasa yang diperlukan untuk elemen keselamatan.
Kamera keselamatan C3X ini sesuai untuk dipasang di bahagian luar untuk kediaman ataupun premis perniagaan kecil.

Ditawarkan pada harga RM539 seunit, C3X adalah kamera keselamatan yang menggunakan sambungan Wi-Fi.

Ini bermakna, pengguna boleh memantau kediaman mereka melalui aplikasi khas yang dimuat turun ke telefon pintar.

Selain itu, C3X ini juga dilengkapi dengan dua lensa dan boleh menghasilkan video berwarna dalam keadaan persekitaran yang sangat gelap tanpa memerlukan bantuan lampu pencahayaan.

Pengguna dapat melihat perincian yang sahih dalam gambar pada waktu malam seperti warna pakaian dan kereta.

Ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku di kawasan kediaman.

 

KAMERA C6N sesuai di pasang di dalam rumah, manakala C3X pula untuk kegunaan luar kediaman dengan ciri-ciri mengagumkan.

 

Ciri lain yang terdapat pada C3X adalah pengesanan gerakan yang dikuasakan oleh algoritma kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan kamera mengenali pergerakan orang, kenderaan, haiwan atau objek lain.

Peranti ini juga akan memberi notifikasi secara terus ke telefon pintar jika ada objek yang melintas melebihi garis yang telah ditetapkan oleh pengguna.

Dalam pada itu, C3X juga dilengkapi dengan siren yang dapat diaktifkan jika gerakan yang tidak diigini dapat dikesan.

Ini akan memastikan kawasan kediaman pengguna lebih selamat daripada diceroboh oleh orang yang mempunyai niat jahat.

Ciri lain yang ada pada C3X adalah resolusi video HD penuh 1080p dan peranti ini juga kalis habuk dan air walaupun diletakkan di bahagian luar rumah.

Dalam pada itu, EZVIZ juga turut menghasilkan kamera keselamatan C6N yang sesuai untuk dipasang di bahagian dalam rumah.

Peranti ini sesuai untuk ibu bapa yang mahu memantau pergerakan anak di dalam rumah di saat mereka di tempat kerja.

Kamera keselamatan C6N ini juga mudah untuk dipasang dan disambungkan dan ia boleh berpusing sehingga 360 darjah.

Ini bermakna keseluruhan kawasan dapat diakses oleh kamera tersebut.
Selain itu, kamera keselamatan ini disokong dengan sambungan Wi-Fi 2.4GHz dan pengguna boleh membuat pemantauan dari jauh melalui aplikasi EZVIZ di telefon pintar.

Kamera ini juga mempunyai fungsi percakapan dua hala, yang mana pengguna boleh menyampaikan sesuatu arahan secara terus melalui telefon pintar.

Dalam masa yang sama, kamera keselamatan ini juga mempunyai ciri pengesanan pergerakan dan dilengkapi dengan slot MicroSD bersaiz sehingga 256GB

Peranti ini ditawarkan pada harga RM139 dan kedua-dua produk EZVIZ iaitu C3X dan C6N boleh didapati stor rasmi di Lazada dan Shopee serta di beberapa stor terpilih.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN