fbpx
ATTRAM dan Ayimbila akan menyarung kelab feeder Gergasi Merah secara pinjaman dari kelab di Ghana, Accra Lions FC.

Attram, Ayimbila lengkapkan skuad Selangor II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSIAPAN pasukan Liga Premier, Selangor II untuk mengharungi musim baharu sema­kin lengkap selepas dilaporkan berjaya mendapatkan dua pemain import muda kelahiran Ghana, George Attram dan Jordan Ayimbila.

Perkara itu didedahkan oleh kelab berpangkalan di Ghana, Accra Lions FC yang menyatakan kedua-dua pemain itu akan menyarung kelab feeder Gergasi­ Merah secara pinjaman.

“George Attram yang bermain sebagai penyerang dan Jordan Ayimbila di posisi pertahanan akan menyertai pasukan Liga Malaysia, Selangor secara pinjaman pada musim ini.

“Ini adalah kali pertama dua pemain ini melebarkan sayap ke Asia dan mereka dijangka mewakili pasukan feeder, Se­langor II di pentas Liga Premier, kami mengucapkan selamat maju jaya buat Attram dan ­Ayimbila,” kata Accra Lions menerusi ciapan Twitternya semalam.

Difahamkan, Accra Lions yang dikendalikan oleh pengendali Jerman, Rainer Kraft memiliki hubungan akrab dengan ke­tua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel dan pengarah teknikal, Michael Feichtenbeiner.

Justeru, proses untuk me­lakukan perpindahan ini sa­ngat mudah terutama apabila ­Attram dan Ayimbila memiliki ciri-ciri falsafah bola sepak yang cuba diterapkan oleh skuad Gergasi Merah musim ini.

Malah, usia Attram yang baru berumur 20 tahun dan ­Ayimbila (21 tahun) sesuai de­ngan prospek pasukan feeder Selangor II yang dikendalikan oleh Feichtenbeiner.

Selain itu, Selangor II turut dilaporkan sedang memburu pemain bawah 23 tahun (B-23) Myanmar, Hein Htet Aung untuk mengisi kuota import Asia Tenggara musim ini.