fbpx

Ariel Noah belum mahu nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIEL NOAH

SELAIN hangat menjadi antara 10 individu terawal yang menerima vaksin Covid-19 di Bandung, Indonesia, penyanyi Ariel Noah kini mengakui lebih selesa bergelar duda selepas 12 tahun bercerai dengan bekas isterinya, Sarah Amalina.

Memetik laporan Liputan6, sepanjang bergelar duda, Ariel pernah dikaitkan ada menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Luna Maya dan Sophia Latjuba.

Dalam satu temu bual bersama Anya Geraldine menerusi saluran YouTube, Ariel berkata, dia perlu mempersiapkan diri jika mahu berkahwin lagi. Namun sehingga kini, dia masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau nak berkahwin lagi, saya perlu bersedia. Tetapi nampaknya saya masih lagi belum terfikir untuk ke arah itu (berkahwin),” katanya.

Baru-baru ini, heboh dalam laman sosial apabila nama Ariel dipetik peminatnya untuk menjodohkan penyanyi itu dengan rakan selebriti, Bunga Citra Lestari. Namun kedua-duanya menolak dan menganggap hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI