fbpx

Tedung selar 3 meter ‘ziarah’ masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Pontian menangkap ular tedung selar sepanjang tiga meter dalam kejadian di Kampung Parit Basilam, Pontian hari ini.

PONTIAN – Suasana tenang waktu petang sebuah rumah di Kampung Parit Basilam di sini bertukar kecoh dan mencemaskan apabila seekor ular tedung selar memasuki kediaman dalam kejadian petang hari ini.

Kehadiran reptilia berbisa itu disedari penghuni kira-kira pukul 4.01 petang selepas ular sepanjang tiga meter berada di bawah kerusi di ruang tamu rumah berkenaan.

Penghuni rumah kemudiannya membuat panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke lokasi.

Pegawai APM Daerah Pontian, Kapten (PA) Mohd. Noorhafidzul Nordin, berkata, seramai empat anggota ditugaskan untuk menangkap ular tersebut.

“ Anggota kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular tersebut menggunakan penyepit dan penjerut.

“Reptilia itu bertindak agresif cuba menyerang namun kecekapan dan kepakaran anggota dapat menumpaskan haiwan itu,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Noorhafidzul berkata, ular tedung selar yang berjaya ditangkap itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Pontian.

Jelasnya, ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor untuk tindakan seterusnya sebelum dilepaskan ke habitat asal.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI