fbpx

Permohonan kemasukan ke PUO dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Politeknik Ungku Omar

IPOH – Permohonan bagi kemasukan ke Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini untuk mengikuti pengajian pada peringkat diploma bagi pengambilan Mac 2021 kini dibuka secara atas talian.

Syarat kemasukan adalah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dan ke bawah serta lulusan institusi dan pusat-pusat kemahiran yang setaraf.

PUO dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak sembilan kursus ditawarkan seperti kejuruteraan meliputi bidang elektrik dan elektronik, elektronik (komunikasi), kejuruteraan awam, kejuruteraan perkapalan dan geomatic.

Turut ditawarkan ialah kursus pengurusan peruncitan, kewangan dan perbankan serta kewangan dan perbankan Islam.

“Tempat adalah terhad dan tertakluk kepada kekosongan semasa program ditawarkan serta syarat minimum yang ditetapkan dan calon yang berminat boleh terus mengisi permohonan di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my.

“Sebarang pertanyaan, calon-calon juga boleh menghubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar PUO di talian 05-5457 656 atau 05-5457 622,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI