fbpx

MyBHA mahu pakej bantuan khas industri pelancongan, perhotelan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) memohon pihak kerajaan untuk mengeluarkan satu pakej khas bantuan serta inisiatif yang lebih bersasar bagi industri pelancongan dan perhotelan.

Presidennya, Emmy Suraya Hussein berkata, antara yang boleh dilakukan kerajaan adalah menambah baik Program Subsidi Upah dengan nilainya dinaikkan kepada RM1,200 untuk suatu tempoh munasabah.

Antara cadangan lain, katanya, adalah arahan tetap atau automatik bagi bantuan moratorium oleh pihak bank mahupun syarikat kredit dan insentif cukai.

“Ia bagi memastikan kelestarian industri Pelancongan dan perhotelan yang telah terjejas sebelum penularan wabak Covid-19 di Malaysia pada akhir tahun 2019 lagi.

“Masa yang lama akan diambil untuk kembali kukuh walaupun wabak Covid-19 telah berjaya dikawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Emmy Suraya berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif kerajaan untuk industri pelancongan dan perhotelan yang terkandung dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI