fbpx

Mayat wanita ditemui berhampiran tempat pembuangan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui terlentang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya sebentar tadi. - Foto IHSAN IPD KOTA KINABALU

KOTA KINABALU – Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui terlentang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, identiti mayat wanita berkenaan belum dapat dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, orang awam menemukan mayat terbabit kira-kira pukul 7 petang tadi sebelum melaporkan kepada pihak polis.

“Kita menerima maklumat tentang penemuan mayat itu menerusi panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu diarah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan di lokasi penemuan mayat mangsa turut dibantu pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah.

“Wanita terbabit didakwa sering kelihatan berkeliaran di kawasan berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bekerja atau tinggal di kawasan sama,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Habibi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti identiti mangsa dan punca kematiannya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI