fbpx

(G)I-DLE diboikot peminat China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(G)I-DLE

SEGELINTIR peminat China menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap single terbaharu kumpulan (G)I-DLE berjudul Hwaa yang terkandung dalam album mini baharu mereka, I Burn.

Mereka mendakwa seorang anggota kumpulan itu, Shuhua yang berasal dari China tidak mendapat kesamarataan dalam pembahagian rangkap nyanyian dalam lagu tersebut.

Dakwa mereka, nyanyian Shuhua cuma selama empat saat dalam single Hwaa. Masing-masing meluahkan kemarahan dan menganggap penyanyi itu telah dianaktirikan.

Malah kelab peminat terbesar Shuhua di China juga mengugut untuk langsung tidak membeli album baharu kumpulan (G) I-IDLE.

Dakwa mereka, selama ini segala aktiviti promosi yang dianjurkan agensi (G)I-DLE, Cube Entertainment disokong sepenuhnya termasuklah hal pembelian album.

Kecewa dengan ketidakadilan yang berlaku terhadap Shuhua, peminat turut menuntut permohonan maaf daripada agensi berkenaan.

Album mini I Burn merupakan kemunculan semula (G)I-DLE sempena pembukaan tirai 2021 . Terakhir, Ogos tahun lalu mereka tampil dengan lagu berjudul, DUMDi DUMDi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI