fbpx

Salji turun di Sahara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar h

RIYADH, Arab Saudi – Salji turun di Gurun Sahara dengan suhu menjunam di bawah paras beku, lapor portal berita The Sun UK kelmarin.

Salji turut melitupi beberapa kawasan di Arab Saudi manakala suhu -2 darjah Celsius direkodkan pada bulan ini.

Seorang jurugambar merakam foto beberapa ekor unta selepas salji turun di rantau Tabuk, barat laut Arab Saudi.

Kawasan yang terletak hampir dengan sempadan Jordan itu mengalami cuaca pelik pada bulan ini.

Arab Saudi yang merupakan negara padang pasir mengalami suhu tinggi mencecah 50 darjah Celsius semasa musim panas tetapi pada bulan in,  suhu turun di bawah sifar.

Pada 10 Januari lalu, penduduk tempatan di kawasan berbukit itu menyaksikan salji turun.

Salji juga turun dekat bandar Ain Sefra di kawasan gurun di Algeria minggu ini.

 

 

JURUGAMBAR Karim Bouchetata merakam gambar salji melitupi Sahara. – Kredit:Bav Media

 

Seorang jurugambar, Karim Bouchetata merakam imej menakjubkan menunjukkan hamparan ais melitupi kawasan berpasir di bandar kecil di Gurun Sahara itu.

Aïn Sefra yang juga dikenali sebagai ‘Pintu Masuk ke Sahara’ terletak sekitar 1,000 kilometer dari aras laut dan dikelilingi Banjaran Atlas.

Arab Saudi turut mengalami salji pada 2018 dengan penduduk tempatan gembira bermain salji.

Salji juga turun di Lebanon, Syria dan Iran manakala sesetengah kawasan ditimbus salji setebal lebih satu meter.

Januari merupakan bulan paling sejuk di Arab Saudi dengan purata suhu mencatat 20.2 darjah Celsius.

Tabuk pula merupakan kawasan paling sejuk di Arab Saudi dan biasa mengalami cuaca kering dengan suhu 4 darjah Celsius. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI