fbpx

Mawar Karim, anak bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mawar dan anaknya, Maryam

PETALING JAYA – Pengasas tudung terkemuka, Mawar Karim dan anaknya, Wan Maryam kini boleh menarik nafas lega apabila disahkan pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu turut meluahkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka.

“Pertama sekali nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Mawar dan Maryam.

“Saya rasa terharu, doa-doa kalian banyak memberikan semangat kepada saya dan keluarga untuk terus melawan ujian ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya semasa dijangkiti virus tersebut.

Sebelum ini, Mawar dan anaknya disahkan dijangkiti wabak maut tersebut pada 4 Januari dan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Putrjaya.

Terdahulu Mawar dan Fizo telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun pasangan itu telah bercerai pada Julai 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI