fbpx

Britain mahu kuarantin semua pelawat di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIC RAAB

LONDON – Kerajaan Britain menimbang untuk mewajibkan semua pelawat yang tiba di negara itu supaya menjalani kuarantin di hotel sekali gus meluaskan sekatan koronavirus baharu yang akan berkuat kuasa dalam tempoh beberapa jam lagi.

Semua ketibaan di Britain perlu menjalani kuarantin dan menunjukkan keputusan negatif saringan Covid-19 bermula pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia) esok selepas London membatalkan ‘koridor perjalanan’ dari negara-negara yang mencatatkan jumlah kes koronavirus rendah susulan kemunculan varian baharu superspreader.

Akhbar Sunday Times melaporkan, kerajaan Britain merancang meniru negara seperti Australia dan New Zealand yang mewajibkan pelawat menjalani kuarantin di hotel dengan kos ditanggung oleh pelawat sendiri.

“Terdapat cabaran berhubung keberkesanan langkah ini tetapi kita perlu melihatnya dengan teliti berdasarkan pengalaman negara-negara lain.

“Pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan di kediaman dan di sempadan,” kata Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab.

Sementara itu, Britain merekodkan 1,295 kematian berkaitan Covid-19 semalam sekali gus jumlah kematian harian ketiga tertinggi sejak pandemik bermula awal tahun lalu.

Jangkitan baharu pula berjumlah 41,346 iaitu angka terendah sepanjang bulan ini .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI