fbpx
Gambar hiasan.

348 mangsa banjir kini ditempatkan di sembilan PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seramai 348 mangsa banjir dari 91 keluarga kini berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh daerah di Sabah setakat pukul 6 petang ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding 270 orang dari 63 keluarga tengah hari tadi.

“Situasi banjir di beberapa daerah di Sabah ketika ini semakin membimbangkan berikutan keadaan hujan berterusan.

“Kota Kinabalu adalah daerah terkini yang mencatatkan jumlah mangsa teringgi sehingga petang ini. Seramai 101 orang melibatkan 18 keluarga kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Likas dan Masjid Jamek Kota Kinabalu.

“Daerah kedua terbanyak merekodkan jumlah mangsa banjir ialah Paitan dengan seramai 73 orang melibatkan 22 keluarga yang ditempat di PPS Dewan Binsulung serta Dewan Kubambangan,” katanya di sini tadi.

Dalam pada itu, jurucakap APM Sabah berkata 45 mangsa dari 10 keluarga masih dipindahkan di Dewan Kampung Kusilad, Pitas manakala Penampang terdapat 38 mangsa membabitkan sembilan keluarga sudah dipindahkan ke PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang.

Menurutnya, daerah Kota Belud turut mencatatkan penduduk terjejas banjir seramai 34 orang melibatkan 16 keluarga selain 32 mangsa dari 12 keluarga direkodkan di daerah Beaufort serta 25 mangsa bajir dari empat keluarga bagi daerah Putatan.

Sementara itu, sebanyak 25 jalan terjejas dan 10 kejadian tanah runtuh dilaporkan dalam kejadian banjir di beberapa lokasi sehingga 12 tengah hari ini. -K! ONLINE