fbpx

Semua murid sekolah rendah, sekolah menengah ikuti PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi Jidin

PUTRAJAYA – Semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini.

Keputusan terbaharu itu selepas mengambil kira jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini yang mencecah angka 4,000 dan trend kes jangkitan yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari ini di seluruh negara hanya melibatkan calon peperiksaan utama termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Kebenaran itu juga melibatkan calon yang menduduki  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Md. Jidin berkata, semua murid tingkatan satu, empat dan enam serta murid tahun satu hingga enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, murid-murid tingkatan dua dan tiga di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan.

Sementara itu, KPM juga dimaklumkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama samada Sekolah Berasrama Penuh dan Asrama Sekolah Harian mulai hari ini.

“Bagi Sekolah Berasrama Penuh, murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah atau boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR.

“Bagi Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6 pula, mereka boleh mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

“Selain itu, bagi Asrama Sekolah Harian pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 juga boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah atau boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR.

“Manakala, murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6 pula perlu mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan,” katanya.

Katanya, ibu bapa atau penjaga yang mahu membawa anak pulang ke rumah perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI