fbpx

Dinosaur Thailand musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar patung dinosaur gergasi sedang terbakar di sebatang jalan di Thailand. – TWITTER

BANGKOK – Sekumpulan anggota bomba gagal menyelamatkan satu replika dinosaur gergasi yang terbakar dalam satu kejadian di timur laut Thailand baru-baru ini.

Portal berita The Nation Thailand melaporkan kejadian yang menimpa patung dinosaur jenis Brachiosaurus berlaku di Jalan Khon Kaen-Kalasin, daerah Khon Kaen Muang.

Orang awam yang menyaksi­kan kejadian itu mendakwa, ­kebakaran dipercayai akibat percikan api pemotong besi semasa kerja-kerja meleraikan replika itu dijalankan.

Tiupan angin kuat menyebabkan api marak dengan cepat dan menyebabkan replika itu musnah sepenuhnya.

Patung dinosaur gergasi itu sepatutnya dipindahkan dari kawasan tepi jalan berkenaan ke sebuah tasik berhampiran.

Sekumpulan anggota bomba tiba ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan ke­bakaran dalam tempoh masa 10 minit. Bagaimanapun, replika dinosaur itu gagal diselamatkan.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan meminta Jabatan Kerja Raya dan Perancangan Bandar Khon Kaen untuk memindahkan patung dinosaur demi keselamatan pengguna jalan raya.

Sebanyak empat replika dinosaur didirikan di sepanjang jalan ke Khon Kaen dan satu daripadanya sudah dipindahkan ke Tasik Bueng Nong Khot pada bulan November 2020.

Operasi memindahkan patung lain akan dilakukan dalam masa terdekat.

Fosil dinosaur sebenar pernah ditemui di Khon Kaen iaitu di kawasan Phu Wiang pada tahun 1976.

Pada 2009, sebuah muzium dibangunkan di kawasan itu untuk mempamerkan fosil dinosaur dan menjadi antara tarikan pelancong ke daerah berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN