fbpx

Selangor jadi negeri pertama jalankan prosiding bicara syariah online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prosiding bicara yang dijalankan menerusi aplikasi Google Meet.

SHAH ALAM – Selangor menjadi negeri pertama berjaya menjalankan prosiding perbicaraan bagi kes Mahkamah Rayuan Syariah secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di negara ini.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam kenyataannya, sebanyak enam kes yang tarikh pendengarannya telah ditetapkan sebelum PKP diumumkan berjaya dibicarakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet.

Katanya, panel yang bersidang Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dan Datuk Jasri @ Nasip Mat Jakir menjadikan bilik mesyuarat utama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sebagai Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Ini bagi memastikan kes-kes tersebut tidak tertunggak dan dapat diteruskan pendengarannya di hadapan hakim.

“Ia dilakukan selepas mendapat persetujuan pihak-pihak terlibat tanpa perlu hadir ke mahkamah secara fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata JAKESS, pihaknya juga telah menjadi negeri pertama sejak PKP pertama dulu dalam membangunkan prosedur operasi standard (SOP) dan mengendalikan pendengaran kes secara dalam talian bagi kes bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

“Kita juga telah berjaya memperkenalkan beberapa perkhidmatan secara dalam talian antaranya wakalah, afidavit, Majlis Sulh, sebutan dan pengurusan kes.

“Kesemua ini bagi mematuhi SOP sekaligus memastikan pihak-pihak yang mempunyai kes di mahkamah syariah Selangor masih boleh mendapatkan akses perkhidmatan secara selamat,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI