fbpx

Hanya 12 jemaah masjid, 5 jemaah surau di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya 12 jemaah dibenarkan melaksanakan solat fardu lima waktu di masjid dan lima jemaah bagi surau di Kelantan. Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) hanya membenarkan seramai 12 orang jemaah untuk mendirikan solat fardu lima waktu dan solat jumaat di masjid di seluruh Kelantan bermula esok.

Arahan itu dikeluarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Kelantan bermula 16 hingga 26 Januari ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bilangan jemaah itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid.

Katanya, bagi surau dan musalla, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja.

“Ahli jawatankuasa yang berusia 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir.

“Selain itu, pihak masjid perlu memastikan khutbah dan solat jumaat diselesaikan dalam tempoh 20 minit selepas azan Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Temenggong Kelantan, pemakluman itu telah mendapat perkenanan dari Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama negeri mengikut peruntukan Perkara 6(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, baginda telah memperkenan agar pelaksanaan solat fardu lima waktu dan solat jumaat dilaksanakan secara terkawal sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19 di negeri Kelantan.

Tambahnya, pihak pengurusan masjid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya kegagalan untuk mematuhinya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI