fbpx

Penerima gagal hadir, vaksin Covid-19 dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur di luar pusat vaksinasi Covid-19 Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang didirikan di Millennium Point, Birmingham. – Getty Images

LONDON – Seorang jururawat di barat London mendakwa sejumlah vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech terpaksa dibuang kerana penerima suntikan gagal hadir pada hari janji temu yang ditetapkan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

“Ramai orang tidak tepati janji temu. Masalahnya, vaksin perlu diberi kepada individu yang sudah ditetapkan atau terpaksa dibuang.

“Kira-kira 45 orang tidak hadir dan gagal memaklumkan kepada kami atau pegawai kesihatan,” katanya.

Vaksin Pfizer harus disimpan pada suhu -70 darjah Celsius sementara vaksin Oxford AstraZeneca lebih mudah diberi kerana boleh disimpan pada suhu peti sejuk biasa.

Tujuh pusat vaksinasi berskala besar akan dibuka di London, Manchester, Birmingham, Bristol, Newcastle, Surrey dan Stevenage pada minggu depan.

Setakat ini, kira-kira 2.6 juta orang telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di ­Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI