fbpx

Wilayah di China isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa melakukan sekatan jalan raya selepas wilayah Heilongjiang mengisytiharkan darurat. - AFP

BEIJING – Wilayah Heilongjiang di timur laut China yang mempunyai lebih 37 juta penduduk mengistiharkan darurat hari ini berikutan terdapat kes jangkitan baharu Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan China berkata, sebanyak 28 kes jangkitan baharu dikesan hari ini termasuk 12 kes yang tidak bergejala.

Tiga daripada kes positif tersebut dikesan di bandar utama wilayah berkenaan, Harbin yang merupakan lokasi penganjuran festival ukiran ais terkenal di China.

“Arahan perintah berkurung pada Isnin lalu terpaksa dilaksanakan di bandar Suihua yang mempunyai 5.2 juta penduduk selepas pihak berkuasa mengesan satu kes disahkan positif manakala 45 kes lagi tidak bergejala.

“Perintah berkurung turut dilaksanakan di beberapa buah bandar kecil berhampiran Suihua,” katanya hari ini.

Walaupun angka jangkitan Covid-19 dilihat kecil berbanding di negara lain, China tetap berusaha untuk membendung penularan virus itu menjelang perayaan Tahun Baru Cina bulan hadapan yang bakal menyaksikan jutaan rakyatnya melakukan perjalanan rentas wilayah di seluruh negara.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan dalam kalangan rakyat mengenai sekatan perjalanan akan dilaksanakan sekiranya lebih banyak kluster baharu wujud dalam tempoh berkenaan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan terdapat sebanyak 115 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan lebih 90 kes tertumpu pada kluster di wilayah Hebei yang mengelilingi bandar raya Beijing.

Pegawai Kanan Pusat Kawalan Penyakit China, Feng Zijian berkata, negara tersebut jarang mencatatkan kes positif dalam jumlah yang banyak.

“Selepas kita berperang melawan Covid-19 lebih daripada setahun, kita telah mendapat lebih pemahaman terhadap virus tersebut,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI