fbpx
LAMAN Twitter SKMM yang sudah digantung.

Siasatan menyeluruh isu ciapan Twitter tidak senonoh SKMM – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia mahu siasatan menyeluruh dari semua sudut berhubung isu ciapan tidak senonoh di akaun Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menterinya Datuk Saifudin Abdullah berkata, beliau memandang serius itu tular ciapan itu dan sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohamad Mentek untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata, siasatan yang bakal dijalankan  akan membabitkan tatacara pengendalian akaun Twitter berkenaan.

“Sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di SKMM atau tidak.

“Kami di kementerian tidak akan berkompromi serta akan bertindak secara telus dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, SKMM memaklumkan, akaun Twitter rasminya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, akaun Twitter berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

SKMM turut menasihatkan pengguna media sosial agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan dipercayai sekitar tahun 2014. -K! ONLINE