fbpx

Prosiding kes syariah dijadualkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Prosiding semua kes di Mahkamah Syariah Selangor yang ditetapkan pada 13 hingga 26 Januari depan akan dijadualkan semula selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berkata, kes-kes rayuan yang telah ditetapkan pendengaran di hadapan panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah akan diteruskan secara dalam talian.

Katanya, perkhidmatan runding cara dilaksanakan secara dalam talian telefon.

“Bagi wakalah, afidavit, majlis sulh, perbicaraan dan sebutan bagi kes-kes mendesak atau mempunyai had tempoh masa boleh dibuat melalui sidang video.

“Ini selepas permohonan dan persetujuan bersama plaintiff atau pemohon,” katanya.

JAKESS turut memaklumkan perkhidmatan pendaftaran kes-kes baharu secara fizikal di kaunter mahkamah perlu dibuat menerusi janji temu panggilan telefon terlebih dahulu.

Ujarnya, pendaftaran kes adalah terhad bagi kes kategori mendesak seperti keganasan rumahtangga, pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, permohonan wali raja, pemfailan notis rayuan dan semakan.

“Semua temu janji melalui aplikasi temujanji perkhidmatan JAKESS sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa juga dibatalkan dan perlu membuat temu janji baharu selepas tamat tempoh PKP,” jelasnya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang JAKESS di www.jakess.gov.my untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI