fbpx

MAINJ agih makanan kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas MAINJ menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada salah seorang mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukan RM120,000 kepada mangsa banjir di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh daerah ini yang terjejas banjir.

Penolong Pengarah Agihan Zakat, Muhammad Zakuan Ghazali berkata, bantuan berupa bekalan makanan itu melibatkan 280 bungkusan makanan untuk setiap keluarga.

Katanya, selain bantuan makanan, turut disampaikan ialah kit bantuan keselamatan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS yang masih beroperasi.

“Bantuan ini untuk meringankan beban dan membantu pusat pemindahan sementara dalam menguruskan PPS. Kita juga memberikan sumbangan first Aid kepada 23 buah PPS di daerah Kota Tinggi.

“Bantuan antara lain untuk memberi semangat dan motivasi kepada mangsa-mangsa abnjir supaya terus tabah dan sabar dengan ujian yang menimpa mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Zakuan berkata, bantuan ini juga diedarkan di setiap PPS dalam daerah yang mengalami banjir di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI