fbpx

Latihan skuad Harimau Malaya ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD kebangsaan terpaksa menunggu lagi untuk menjalani kem latihan pusat selepas pelaksanaan PKP bermula hari ini.

HASRAT skuad Harimau Malaya untuk turun ke padang pada 15 Januari ini terpaksa ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa di enam negeri bermula hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada awalnya merancang mahu mengumpul skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk menjalani kem latihan pusat kali pertama bulan ini sejak November 2019.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pihak pengurusan ada pelan alternatif buat skuad kebangsaan yang bakal mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022/Pia­la Asia 2023 pada Mac depan.

“Kem latihan pusat skuad kebangsaan terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan PKP berkuat kuasa hari ini.

“Beberapa alternatif sudah dibincangkan seperti menjadikan latihan berpusat secara kuarantin di negeri PKP Pemulihan (PKPP) seperti Sarawak atau Perlis tetapi agak sukar.

“Justeru, kami membuat keputusan untuk melakukan satu perancangan khusus buat pasukan Harimau Malaya tetapi hanya dapat didedahkan selepas tamat PKP nanti,” kata­nya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco ke-12 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Mengulas lanjut, Hamidin optimis pasukan negara tetap bersedia menyertai aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac depan meskipun ada cadangan agar saingan itu diadakan secara karnival pada Jun nanti.

“Saya ada berhubung de­ngan Konfederasi Bola Sepak Asia dan kemungkinan mereka akan meneliti semula jadual kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Namun, saya difahamkan jika ia ditunda, mungkin sai­ngan itu akan diadakan pada Jun secara karnival. Apa yang pasti, saya mahu pasukan bersedia dengan segala kemungkinan jika perlu beraksi pada perlawanan Mac nanti,” katanya.

Skuad Harimau Malaya ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan G dan dijadualkan bertemu Emiriyah Arab Bersatu dan Vietnam pada Mac depan sebelum mengharungi aksi terakhir menentang Thailand pada Jun nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI