fbpx

Kluster Kampung Tengah libatkan kenduri perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kluster terbaharu di negeri ini iaitu Kluster Kampung Tengah adalah melibatkan kenduri perkahwinan yang telah dianjurkan sebuah keluarga di Kampung Tengah Mantin Dalam, dekat sini, 2 Januari lalu.

Mengikut maklumat yang dikongsikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), kes indeks bagi kluster berkenaan adalah kes nombor 127016 iaitu seorang perempuan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai guru tadika Kemas di Sandakan, Sabah.

Menurut CPRC, kes telah pulang ke Mantin pada 20 Disember untuk persiapan kenduri.

“Kes dilaporkan positif Covid-19 7 Januari lalu hasil saringan merentas negeri ke Sabah serta bergejala bermula 4 Januari lalu.

“Sehingga kini, seramai 130 individu telah disaring di mana  20 daripadanya dikesan positif Covid-19,” kongsi CPRC dalam maklumat di media sosial, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat 106 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 9,300 kes.

Menurutnya, dari jumlah kumulatif tersebut, 8,135 kes telah sembuh dan discaj, 1,148 kes yang masih menerima rawatan di wad dan 17 kes telah meninggal dunia.

“Sehingga kini, terdapat satu kluster baharu dilaporkan menjadikan terdapat 26 kluster yang masih belum diisytiharkan tamat di negeri ini.

“Pada hari ini, terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada kluster Penjara Jalan Harapan iaitu penambahan enam kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,001 kes.

Manakala menurutnya, bagi kluster Tasik Utama terdapat penambahan lima kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 79 kes.

“Kluster Kampung Tengah iaitu kluster baharu diumumkan haru ini terdapat penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 20 kes.

“Terdapat 1,436 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

Manakala kesemua daerah di negeri ini kecuali Tampin mencatatkan kes baharu di mana Seremban mencatatkan sebanyak 69 kes; Port Dickson (15 kes); Kuala Pilah (sembilan kes); Jelebu (tujuh kes); Rembau (lima kes) dan Jempol (satu kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI