fbpx

56 PATI Indonesia dicekup naik tongkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia ditangkap ketika baharu sejam memasuki negara secara haram menggunakan tongkang.

KLANG – Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk negara ini menggunakan tongkang di sekitar perairan Pantai Jeram, dekat sini hari ini.

Penahanan PATI berusia lima hingga 59 tahun dilakukan pukul 3 pagi ketika baharu sejam memasuki perairan negara  hasil kolabrasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan Unit Tindakan Khas ( UTK ).

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, semasa rondaan Op Benteng dilakukan mengesan sebuah tongkang dalam keadaan mencurigakan memasuki perairan Jeram.

“Hasil pemeriksaan menemui 34 lelaki, 21 perempuan dan 1 kanak-kanak di dalam tongkang tersebut.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, siasatan awal mendapati PATI tersebut berlepas dari Tanjong Balai, Indonesia pukul 10 malam kelmarin sebelum tiba pukul 2 pagi tadi.

Rosman menegaskan setiap daripada mereka membayar antara RM1,400 hingga RM1,700 untuk dibawa memasuki negara ini secara haram.

“Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1986,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI