fbpx

Pejabat kerajaan beroperasi penuh sepanjang PKP, PKPB dan PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan pejabat-pejabat diarahkan beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 26 Januari ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, perkara itu penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam diteruskan.

Beliau berkata, kehadiran penjawat awam ke pejabat sepanjang tempoh itu selaras dengan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah (PP 5/2020).

“Lain-lain pegawai adalah diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah (BDR).

“Bagi kawasan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kehadiran 100 peratus bagi pegawai yang berkhidmat dalam perkhidmatan perlu manakala, hanya 30 peratus pegawai bagi perkhidmatan lain.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, kehadiran pegawai adalah secara optimum,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Mohd. Khairul menerusi pekeliling Arahan Pengoperasian Pejabat Kerajaan di Bawah Perintah-Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh hari ini.

Pekeliling itu dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun dan Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada masa sama, Mohd. Khairul berkata, ketua jabatan masing-masing hendaklah menentukan kehadiran pegawai yang diperlukan bertugas di pejabat.

“Surat edaran ini juga terpakai bagi mana-mana negeri atau kawasan tertentu mengikut jenis perintah yang diumumkan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Arahan ini turut dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan ia penerimaannya tertakluk kepada pihak berkuasa masing-masing,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan pelaksanaan PKP di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, pelaksanaan PKPB turut diadakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala, pelaksanaan PKPP hanya di Perlis dan Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI