fbpx

Melaka tambah empat PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Melaka. Gambar hiasan

MELAKA – Kerajaan negeri ini bersedia membantu kerajaan pusat untuk membuka empat lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sekiranya jumlah pesakit positif terus meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini empat lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Dewan Tun Ali, Bukit Katil; Dewan Bestari, Ayer Keroh; Dewan Citra Kasih, Bemban, Jasin dan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Katanya, keempat-empat lokasi itu akan dibuka sebagai PKRC sekiranya kapasiti di Hospital Melaka dan PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang Selangor telah mencapai tahap maksimum.

“Setakat ini kita telah membuka tiga PKRC, namun ia hanya menempatkan tahanan yang dijangkiti iaitu di Pusat Koreksional Jasin; Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo dan Penjara Sungai Udang manakala pesakit dari Sekolah Henry Gurney dihantar ke Pusat Koreksional, Jasin.

“Sekiranya kes semakin meningkat, kita bersedia membuka empat lagi PKRC yang dijangka boleh menampung kira-kira 3,000 pesakit,” katanya selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Ion Forte Green City di Ayer Keroh Coutry Club, di sini hari ini.

Jelasnya, mengikut kapasiti katil, Dewan Tun Ali boleh menampung 300 pesakit, Dewan Bestari (200 pesakit), Dewan Citra Kasih (150 pesakit) dan MITC (lebih 2,000 pesakit).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI