fbpx

Mangsa banjir di Johor turun kepada 3,598

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 3,598 mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terjejas setakat pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia melibatkan 996 keluarga yang ditempatkan di 40 PPS seluruh Johor.

Katanya, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 3,612 mangsa melibatkan 1,001 keluarga yang dikemaskini pada 8 malam semalam.

“Setakat 8 pagi tadi, Kota Tinggi merupakan daerah yang terjejas teruk dengan merekodkan seramai 2,198 mangsa membabitkan 591 keluarga yang dipindahkan ke 23 PPS.

“Ini diikuti oleh daerah Johor Bahru dengan seramai 1,084 mangsa melibatkan 325 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di daerah terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, hujan lebat berterusan menyaksikan tiga daerah yang pulih daripada bencana banjir sebelum ini kembali merekodkan kes baharu iaitu di Kulai, Kluang dan Pontian sejak semalam.

Katanya, sehingga kini hanya tiga daerah sahaja yang tidak terjejas melibatkan daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat apabila tidak ada kes direkodkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI