fbpx
Mohamad Damshal

TH Lantik Mohamad Damshal sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan) baharu berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan, TH berkata Mohamad Damshal sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Pelaburan TH dan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam industri pelaburan tempatan dan luar negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof berkata, TH mengambil kira pengalaman dan kepakaran anggota dalamannya untuk menyandang jawatan dalam pengurusan kanan, sekaligus selari dengan Pelan Rancangan Penggantian yang sedang dibangunkan.

“Dengan pelantikan Mohamad Damshal, Pengurusan Kanan TH yakin kepakaran beliau dalam aspek pelaburan dapat membantu TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan wabak Covid-19.

“TH juga sedang menumpukan usaha untuk melahirkan lebih ramai bakat pengurusan profesional selaras dengan matlamatnya untuk menjadi sebuah institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus,” katanya. dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Damshal merupakan Penganalisis Kewangan Bertauliah dan bekas anggota TH, berkhidmat sejak 1999 hingga 2003 dalam perancangan korporat dan mengetuai pengurusan pelaburan pendapatan tetap. -K! ONLINE

POPULAR