fbpx

Seminggu terputus hubungan, penduduk lega jalan dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaari (Jaket Biru) bersama penduduk kampung membaiki jalan utama di Kampung Roh, Kuala Krai.

TANAH MERAH – Kira-kira 200 orang penduduk Kampung Roh di sini mampu menarik nafas lega selepas jalan utama yang rosak di kampung itu akibat banjir baru-baru ini sudah dibaiki dengan segera.

Timbalan Ketua Pentadbir UMNO Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan berkata, pihaknya mengambil inisiatif segera dengan membaiki jalan itu untuk kegunaan penduduk kampung.

“Jalan ini runtuh selepas saluran pembentungan pecah sebelum ini tidak dapat menampung laluan air bukit terletak 500 meter dari kampung ini ketika banjir baru-baru ini.

“Dengan bantuan penduduk setempat, kami bergotong-royong memasang kembali saluran pembentungan dan menurap jalan. Kerja-kerja itu dijalankan selepas menerima sumbangan korporat dan bantuan daripada rakan-rakan kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI