fbpx

Sembilan penagih di Flat Lobak ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan individu berusia 16 hingga 47 tahun ditangkap polis dalam satu Ops Tapis Khas di Flet Lobak, dekat sini, Sabtu lalu.

SEREMBAN – Sembilan individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah ditangkap polis dalam satu Ops Tapis Khas di Flat Lobak dekat sini Sabtu lalu.

Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan itu dijalankan selama tiga jam bermula pada pukul 12 tengah malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, daripada sembilan individu itu termasuk seorang perempuan berusia lingkungan 16 hingga 47 tahun, salah seorang daripadanya ditahan kerana memiliki dadah jenis Cannabis seberat 0.4 gram dan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Lapan lagi individu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Kesemua yang ditangkap kini ditahan reman bagi melengkapkan siasatan.

“Polis akan terus berusaha meningkatkan operasi untuk membanteras ancaman dadah khususnya di dalam daerah ini demi mencapai matlamat memastikan ancaman dadah dapat dibanteras habis-habis,” katanya dalam satu kenyataan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI